Tuesday, January 5, 2010

TANGGISAN REMAJA.
OLEH: NOOR SYUHADA BINTI ADENAN.

“Berbagai ragam krisis akhlak dan moral kini terus menular, merebak dan mewabak dalam masyarakat kita khasnya di kalangan remaja. Daripada kes bosia, hamil luar nikah yang diikuti dengan pembuangan zuriat di dalam tong sampah, penderaan, gengsterisme dan vandalisme, rogol, sumbang mahram, ketagihan dadah, hinggalah kepada mat rempit.”
“Benar kata Tuan itu,tahun ini sahaja jumlah itu 406 kes curi kenderaan atau (21.42 peratus), lain-lain kecurian 451 kes (23.80%), pecah rumah malam hari 324 kes (17.10%), curi dalam bangunan/orang gaji 277 kes (14.62%), mendatangkan kecederaan 154 kes (8.13%), pecah rumah siang hari 148 kes (7.81%), rogol 70 kes (3.70%) dan samun 58 kes (3.06%). Perangkaan-perangkaan yang menggerunkan ini menyerlahkan kepada kita betapa seriusnya krisis akhlak yang melanda remaja di negara kita ketika ini.”
“Jadi tindakan segera harus di lakukan sebelum masalah ini terus melular dan kemungkinan besar anak-anak kita juga terpegaruh.Ini juga suatu imperialis secara emosi.”
Mesyuarat antara Pegawai-pegawai Polis Diraja Malaysia diadakan di Ibu Pejabatnya di Kuala Lumpur.Encik Norman turut menghadiri mesyuarat tersebut bersama-sama pegawai-pegawai yang lain.Sememangnya masalah sosial yang melanda dalam kalangan remaja amat membimbangkan golongan ibu bapa.Encik Norman juga risau kerana dia mempunyai dua orang anak remaja.Hidayah dan Hidayat adalah cahaya mata kembar kepada pasangan Encik Norman dan Puan Haliza.Kini usia Hidayah dan Hidayat menjangkau 16 tahun dan berada di tingkatan empat.Hidayah dan Hidayat mempunyai sikap yang sangat berbeza.Hidayah seorang yang lasak dan suka bersosial walaupun Hidayah ialah seorang anak gadis dan mempunyai sikap suka memberontak dan keras kepala.Segalanya berbeza pula dengan Hidayat,seorang remaja lelaki yang lebih suka memerhati masyarakat sekeliling.Selain itu,Hidayat juga lebih gemar keseorangan dan berada di rumah pada waktu cuti dan berdepan dengan buku.
“Assalamualaikum!!”
Setiba Encik Norman di rumah,Puan Haliza segera menyambut kepulangan suami tercinta.Puan Haliza bekerja dengan membuka kedai runcit di kawasan tempat tinggalnya bagi menampung perbelanjaan keluarga mereka.
“Za,Dayah dan Dayat mana?”
“Mereka ada di dalam bilik,mengulangkaji pelajaran katanya.”
“Baguslah kalau begitu.Saya risau benar dengan anak-anak kita itu.Sekarang peningkatan gejala sosial bukan lagi ditahap biasa tetapi bahaya.’’
“Abang,janganlah fikir anak kita akan laukan semua itu,saya tahu Hidayah dan Hidayat itu macam mana.’’
Lantas Encik Norman berlalu setelah menegguk secawan kopi yang disediakan oleh isterinya.Manakala Hidayah sedang bersiap untuk keluar bersama-sama teman-temannya,begitulah rutin harian Hidayah yang tidak menghiraukan nasihat ayah dan ibunya.
“Dayat,Dayah nak keluar ni.Ada apa-apa nak pesan?’’
Hidayat hanya mengeleng kepala dan terus khusyuk menghabiskan pembacaan novel Lagenda Sebuah Cinta karya Dr.Idris Boi.
“Ibu,Hidayah nak keluar ni.’’
“Hidayah,setiap malam kamu keluar,tapi ibu tidak pernah tahu dengan siapa kamu keluar.Ayah ada,keluar sahajalah dengan ayah.Ibu risau jika kamu terpengaruh dengan rakan-rakan luar sana.’’
“Ibu,Dayah dah 16 tahun,bukan 6 tahun yang ibu nak jaga sana sini.Dayah tak suka nak bergantung macam Dayat.Independent.’’
Hidayah terus meninggalkan ibunya,ibunya sudah ketahui sikap anak perempuannya itu.Ibunya menuju ke arah tingkap dan tampak jelas di kejauhan,kereta BMW M3 menyelusur dan berhenti di hadapan rumahnya.Jam menunjukkan tepat jam 3 pagi.Selalunya Hidayah akan pulang sebelum pukul 12 tengah malam.Puan Haliza tiba-tiba tidak sedap hati dan gelisah.Lantas Puan Haliza mengerakkan Encik Norman dari lenanya.Tiba-tiba satu panggilan telah memecahkan keheningan pagi itu.
“Man.Aku ni,Johari.Anak kau ada di balai.’’
“Apa??!!balai??baik aku ke sana sekarang”
Tanpa menghiraukan isterinya,Encik Norman bergegas ke balai untuk melihat keadaan anaknya Hidayah.Di dalam hati Encik Norman berdebar-debar dan adakalanya berasa sangat marah.Setelah tiba di depan pejabat,Encik Norman melihat anaknya menenggis dengan keadaannya yang kusut masai dan kelihatan baju anaknya carik dan kotor.Encik Norman seorang yang terlalu tegas dan rasional dalam membuat keputusan.
“Ayah!!”
Hidayah bangkit dalam keadaan lemah dan memeluk erat ayahnya.Sekilas Encik Norman memandang ke arah anak buahnya,mereka hanya mampu menggeleng kepala.Secara tidak langsung,Encik Norman telah mencapai fail laporan kes anaknya dan menampar Hidayah.Rakan-rakan setugas Encik Norman cuba menenangkan kemarahan Encik Norman.
“Dasar anak kurang ajar!!!!menconteng arang di muka aku!!mulai hari ini aku tak pernah ada anak bernama Nur Hidayah Atikah!!”
Kini maruah gadis ini tidak lagi sesuci yang dulu,saat syaitan berada disisi mereka maka mahkota yang dipelihara hancur berkecai.Hidayah seperti tidak keruan,di buang oleh ayah,lumpuhlah separuh daripada kehidupannya.Setelah beberapa minit,Puan Haliza tiba menaiki proton saga biru dan menenangkan suaminya yang sedang berang itu.Manakala Hidayah memeluk erat tubuh Hidayat.Hidayat terkaku dan tidak meyangka apa yang telah terjadi.Soalan dalam pemikiran Saiful Hidayat Bahari menggunung,Aur mata seorang ibu melimpahi lautan malam.
“Dayat.Akak minta maaf Dayat.”
“Dayat tak mengerti kenapa akak lakukan semua ini?ini bukan independent kak.Tapi ini maruah kak.Dayat dah bagitahu pada akak dari dulu,Dayat tidak jejas apa-apa,tapi diri akak untuk berdepan dengan masyarakat.”
Setelah sebulan kejadian terjadi,Hidayah tetap tidak dapat terima hakikat.Hidayah sering keseorangan di dalam bilik.Manakala Encik Norman langsung tidak menghiraukan anak gadisnya itu.Keluarga Encik Norman telah mengambil keputusan untuk menghantar Hidayah menemui Prof Dr. Fatimah Yusoff,ketua program psikologi,Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia UKM.Pada setiap minggu Hidayah pergi untuk diberi pendedahan untuk berhadapan dengan masyarakat.
“Hidupku ialah neraka!Lelaki merampas segala-galanya dariku!Detik ini ambillah aku!biarlah aku pergi!”
Petang itu Hidayah telah pergi ke sebuah pinggir sungai di hujung Bandar.Kedinginan yang mulus itu lantas dengan debaran yang menhenyak ,diorak langkah ke samudera yang ganas.Matanya dipejam rapat .
“Selamat Tinggal alam yang fana.Maafkan aku.’’
Bayu dan deras air telah menampar-nampar tubuhnya.Nafasnya bagaikan terhenti.Rimas,Badannya seakan-akan ditarik sesuatu yang bertenaga.Persis dada diasak,sakit.Perlahan-lahan matanya di nyalang.
“Kamu okey?“Dia menangguk.Namun ,seperti terpalit kekesalan di iris remaja ini.
“Kenapa kamu lakukan semua ini??“
Tanya seorang wanita seusia 20an yang lengkap berpakaian sukan beserta kasut.
“Saya mahu mati!!!”Tegas Hidayah.
“Astaghfirullah al-azim,”Dia tersentak.
“Saya buntu,fikiran saya kabur.Saya malu.Ibu dan ayah saya tidak mengaku saya anak mereka!!maruah saya di nodai!saya dah tidak punyai apa-apa untuk hidup“
Wanita itu hanya menggelengkan kepalanya dan memandang ke arah Hidayah.
“Adik ALLAH masih sayangkan adik.Mungkin kita senasib.’’
“Apa buktinya??dengan biarkan saya begini.Kak!Dayah tak pernah wujud lagi kak.“
Wanita itu hanya tersenyum dan berdiri di samping Hidayah.
“Hidayah.Nama yang cukup indah tetapi tidak pernah mengerti erti kehidupan.Dayah, ketika usia akak belasan tahun,badai telah merampas keluarga akak dari hidup akak.Akak akui yang sememangnya perasaan adik pernah akak lalui.Tetapi adik,sampai bila kita terus menanggis apayng terjadi.Akak langsung tidak ada tempat bergantung.Peristiwa 26 Disember telah meranapkan kebahagiaan dalam kehidupan akak.”
Wanita itu telah menceritakan segala kisah silam dan pahit dalam kehidupannya.Hidayah terkilan dengan perbuatannya.
“Tapi sampai bila saya akan terus begini.Sehingga saya terus menanggisi usia remaja saya?”
“Hidayah,dalam hidup kita perlu berani.Kita kena berpijak pada kaki sendiri.Berdikari.Tetapkan matlamat untuk berjaya,nescaya Allah akan mengiringi usaha kita.”
Toyota Hilux dipacu laju dan membelah jalan dalam dinginnya malam.Wanita itu,ialah seorang jurutera awam di salah sebuah syarikat pembinaan yang terkenal di Malaysia.
Setelah tiba dihadapan pintu pagar rumahnya kelihatan Hidayat sedang menutup pagar rumah itu.Hidayat bertukar pandangan apabila mendengar deruman enjin kereta itu.
“Kak,terima kasih kerana telah membantu dan menyelamatkan saya.“
“Hidayah,nama akak Batrisha Amani.Ini kad akak dan ada apa-apa masalah telefon akak“
Setelah hampir setahun perkara berlalu,kini Hidayah sudah mampu untuk menerima segala musibah yang terjadi pada dirinya adalah seatu keajaiban kehidupan.Kini hidayah dan Hidayat akan menghadapi peperiksaan SPM.Hidayah kini telah dianugerah sebagai pelajar cemerlang di sekolahnya.Encik Norman juga sudah dapat menerima hakikat yang nyata.Sejak kejadian itu,Encik Norman Sangat Bersungguh-sungguh dalam membanteras masalah sosial dan telah di anugerahkan Pegawai cemerlang.
“Hidayah,ayah minta maaf dengan apa yang telah ayah lakukan dan membuat Hidayah tertekan.“
Senyuman terbuhul di ulas bibir Hidayah.Sedikit sebanyak telah mengurangkan sebak didada.Langkah di susun ke dunia baru,saipa sangka pertemuan singkat mampu mengubah segenap kehidupan Hidayah.Benar setiap masa silam mustahil lenyapdaripada memori.Cuma kadangkala memori itu tenggelam tatkala diri hanyut dalam arus duniawi.Semilir lembut mencuit pipi bugar Hidayah.Renungannya begitu tepat pada daun yang bergetar.
“Andai kata suka,maka lontarkan tawamu,andai kata duka,maka simpanlah tanggisan matamu.Dayat tidak mahu melihat akak menenggis lagi.“
ini suntikan dorongan dansokongan tunak disuap.Tatkala fajar siddiq mengintai,nur rafikmula menerangi sanubari Hidayah.
Hidayah menghembus nafas lega kerana kini hidupnya kembali mekar di puncak cita.Bersama berjuang mencari mahligai impian.Maka bersemadilah tanggisan remaja..

SEKIAN
-SYUHADA ADENAN_

No comments:

Post a Comment