Tuesday, January 5, 2010

SAHABAT.
Wahai jalisku yang ku hormati,
Saat aku mulai mengerti erti perhubungan,
dan saat itu juga aku telah mengerti erti persahabatan.
sahabat,
kita telah ukir sebuah hubungan dengan kemesraan,
kita telah bina ikatan dengan sebuah kenangan.
saat kau telah melontarkan senyuman,
lalu aku terus keluar daripada kedukaan diriku.
sahabat,
mengertilah,setiap kehidupan yang tercipta akan ada
matlamat dan jalan tersendiri.
Maka pada setiap pertemuan pasti akhirnya
adalah perpisahan.
Sahabatku,
kekadang aku terpaku dengan tindakanmu,
kerana sesekali kau dalam kedukaan,
sesekali kau dalam kegembiraan,
sedang segalanya kau cipta dari pemikiran dirimu sendiri.
Sahabat setelah lama kita di sini,
kita telah matang dalam mengerti makna kehidupan,
namun aku pasti kau punyai matlamat kau tersendiri,
pergilah kau berjuang demi kejayaanmu kelak,
aku sentiasa mengiringi dirimu
dengan doa.
Namun aku terpaksa berserah jika takdir
telah memisahkan kita.
Ingatlah memori hanya tercipta disaat
kau berada di sisiku
wahai sahabatku.
Selamt tinggal wahai jalisku,
yang aku sayangi..

No comments:

Post a Comment