Friday, January 7, 2011

Sunday, December 19, 2010

Kenangan Yang sungguh Indah...

wahai sekalian alam
pernah kau terlihat tentang sebuah kenangan
jangan sering kau menolak saru per satu
apa yang terjadi
dengar ini mawar ingin merintih
wahai kalian,
kita ini manusia
kita ini makhluk yang tercipta ke muka bumi
yang punya kepintaran
dalam berfikir
malah dalam mengenak kehidupan
tidak kira
masa bila pun
kita adalah kita

Saturday, August 14, 2010

sampai bila harus begini???

kehadiranmu memberi sinar dalam kecewaku,
saat mekar cinta itu,kau telah patahkan segala
mawar hilang semangat dan kekuatan mawar sebelum ni...sungguhpun dia tahu mawar masih sayang dan kasih kepadanya,masa dan waktu telah terlambat untuk kami kembali seperti dulu...mawar terpaksa redha dengan perpisahan kami..tapi mawar sendiri tak tahu kenapa mawar samapi saat ni masih tak dapat lupekan dia
mawar terlalu sayang kan dia
mawar tak snggup untuk buang dia dalam hidup mawar...
walau mawar tahu masih ade yang menanti cinta dan kasih mawar...
samapai bila mawar harus tanggung semua ni....

khas buat teman ku

Teman,
selama ini,
cuba aku telusuri makna disebalik
perhubungan...
disebalik kemesraan..
malah di sebalik kata-kata mu...

teman,
esok,
kita tidak lagi sehaluan...
kita punya misi yang sama..
namun kita punya pilihan kita sendiri,
jika mengalir air mata kali ini,
bukan kerana aku sedih..,
namun aku mendalami makna
disebalik erti perpisahan..

teman,
jika kelmarin kita sama mengukir kenangan,
jika semalam kita cari bait2 kemesraan
disebalik celah-celah pohon keangkuhan...
kerana saat itu,
kita sama-sama masih belum mengerti dimana penghujungnya...
teman...
saat2..
terlalu pantas untuk mengeringkan kembali
air mata yang mengalir..
tidak ada yang lain dapat aku laku,,
selain mendoakan kejayaanmu teman...

Teman,
jangan kau titiskan air mata,
kerana alunan kata-kata...
jangan kau menanggis jika kau simpati pada
ciptaan sebuah puisi...
sebaliknya teman menanggislah
kerana kau mengerti maksudku...

Teman,
ingat pesan dari aku,
bahawa jika hari esok
siapa pun aku...
dimana aku berada...
apa statusku...
dan apa jua gelaran dan pangkat aku
....
ingat bahawa...
semua itu hadirnya ketika aku
disinari oleh insan bernama teman...
maka teman...
aku redha dengan perpisahan
ini...
aku mohon agar kau tidak terpesong
pada persada ilmu ini...

teman,
jika suatu hari,
aku bertempiaran...
kutiplah aku ...
dan suapkan lah aku dengan
keikhlasan hati mu...
jika suatu minit,
kau temui aku dalam keadaan
seperti mayat hidup...
usunglah aku
untuk aku pahami..
bahawa kau adalah teman aku
yang semalam..
jika satu saat...
aku terbaring kaku pada
persada sastera ini...
simpanlah segala puisi ciptaan ku...
dan semadikan lah aku dalam jiwa
dan kenangan yang telah terjadi...
Teman,
walau sejauh mana kamu,
aku tetap disini..
dan mendoakan kesejahteraan mu....



8 jun 2010(selasa)
MaWar pEna....

Saturday, May 1, 2010

Lanskap kehidupan

Sebenarnya tidak semua sejarah dan pengalaman kita sama..namun tidak dapat di nafikan kita tetap melalui ranjau yang dapat di kata pahit manis dalam mencipta salasilah pemikiran yang lebih konsisten.Aku punya sejarah hidup aku tersendiri.punya cita dan prinsip aku sendiri...kita cuma mampu merancang untuk membina sebuah rantaian yang cukup indah...namun pernah kita berfikir bahawa masih ada lagi yang lebih berkuasa untuk mengumbal segala perancangan lapok kita???sedarilah bahawa kita berada di pentas bumi ini hanya sementara..taubat lah sebelum terlambat supaya nanti kita tidak terpesong pada apa sebanarnya harus kita lalui..kita ini seperti roda....juga kita ini seperti air sungai....mengapa kita harus di umpama seperti itu...ingat bahawa...roda itu bulat dan setiap kali ia berputar dan yang berada diatas itu ada kala berada di bawah....dan yang di bawah itu tidak akan terus berada di bawah....begitu juga dengan kehidupan kita....jika semalam kita di duga dengan kegagalan maka esok mungkin tidak...kita diduga untuk melihat setakat mana kemahiran kita berlakon dalam pentas bumi yang hanya sementara ini....ada yang kaya lupa pada asal usul...ada yang sihat lupa bahawa dia akan sakit bila yang berkuasa ingin turunkan musibah...yang hidup sering melupakan yang dia akan mati....yang dia akan terus tersingkir dalam pementasan teater...dengan dialog tersendiri....saat...semua pelakon cuba mengarang dialog...cuba berdusta pada diri sendiri...mereka dan kita sering terlupa yang mereka dan kitaakan bertemu pada tempat yang sama pada satu ketika pentas bumi ini di gulung dan tiada lagi makhluk yang berkuasa menakluki dunia ini...ketika kita bertemu satu ketika itu...kita tidak akan memikir kan yang lain selain mengharapkan kita dapat ke tempat yang indah....dengan bermacam cara kita kesana...tidak ada lagi motokar petrol yang digunakan....manusia....aku juga manusia...aku manusia yang serba daif dan mencari sinar di sebalik dugaan dan cabaran....aku ingin cuba takluki diri aku untuk terus bertasbih pada setiap tindak tanduk ku...namun aku kadang2 turut kalah bersama godaan syaitan...maka aku coretkan buat semua...bantu aku untuk mencari sinar sebelum aku terus tersingkir...........

Sunday, April 18, 2010

TENGGELAM DALAM KISAH KEHIDUPAN.....

Apa kah hukum menyimpan perasaan menyintai suami orang ?

JAWAPAN :
Al-hamdulillah ,Al-Jawab :
Jawapan terbaik kepada persoalan saudara ialah : CINTA KEPADA YANG HALAL , ADALAH HALAL , DAN CINTA KEPADA YANG HARAM , ADALAH HARAM .
Cinta yang halal ialah cinta kepada isteri atau suami sendiri.Manakala yang haram ialah mencintai yang bukan hak dan kepunyaan kita iaitu isteri atau suami orang lain.Sesungguhnya perbuatan mencintai isteri atau suami orang lain adalah punca kepada keruntuhan dan kehancuran rumah tangga sesebuah keluarga , dan perbuatan tersebut amat dimurkai oleh Rasulullah saw sebagaimana dalam sebuah hadis :
ليس منا من خبب ( اي فسد ) إمـــرأة على زوجها
“Bukan dikalangan kami (umat nabi Muhammad) orang yang merosakkan hubungan seorang isteri dengan suaminya”
(HR Abu Daud : 2175 dan dinilai SAHIH oleh As-Syaikh Al-Albani dalam “Sahih wa dho’if Sunan Abi Daud”)
Perlakuan suami mencintai isteri orang lain dan isteri mencintai suami orang lain adalah perbuatan yang telah lama berlaku , malah dirakamkan oleh Allah swt dalam al-Quran al-Karim.Kisahnya ialah bagaimana isteri seorang pembesar yang menyimpan perasaan cinta kepada orang lain yang bukan suaminya sehingga sanggup melakukan perbuatan yang diluar kewarasan akal fikiran.Wanita tersebut ialah isteri kepada Al-Aziz ( Gelaran bagi seorang Raja di Mesir ) yang mencintai Nabi Allah Yusof alaihissalam.( Surah Yusof ayat 23 – 35 )
Ketahuilah , sesungguhnya perbuatan mencintai isteri / suami orang lain adalah perbuatan keji yang datangnya dari godaan syaitan lantaran menuruti kehendak dan tuntutan nafsu syahwat yang tidak dibendung dengan iman dan taqwa kepada Allah swt.Rasulullah saw berpesan kepada umatnya agar sentiasa melawan hawa nafsu yang boleh menjerumuskan manusia kelembah dosa dan kehinaan sebagaimana sabdanya :
المهاجر من هجر ما نهى الله عنه والمجاهد من جاهد هـــواه
“Orang yang berhijrah ialah hijrah dari hal-hal yang dilarang oleh Allah swt dan orang yang berjuang itu ialah yang berjuang melawan hawa nafsunya.”