Saturday, August 14, 2010

khas buat teman ku

Teman,
selama ini,
cuba aku telusuri makna disebalik
perhubungan...
disebalik kemesraan..
malah di sebalik kata-kata mu...

teman,
esok,
kita tidak lagi sehaluan...
kita punya misi yang sama..
namun kita punya pilihan kita sendiri,
jika mengalir air mata kali ini,
bukan kerana aku sedih..,
namun aku mendalami makna
disebalik erti perpisahan..

teman,
jika kelmarin kita sama mengukir kenangan,
jika semalam kita cari bait2 kemesraan
disebalik celah-celah pohon keangkuhan...
kerana saat itu,
kita sama-sama masih belum mengerti dimana penghujungnya...
teman...
saat2..
terlalu pantas untuk mengeringkan kembali
air mata yang mengalir..
tidak ada yang lain dapat aku laku,,
selain mendoakan kejayaanmu teman...

Teman,
jangan kau titiskan air mata,
kerana alunan kata-kata...
jangan kau menanggis jika kau simpati pada
ciptaan sebuah puisi...
sebaliknya teman menanggislah
kerana kau mengerti maksudku...

Teman,
ingat pesan dari aku,
bahawa jika hari esok
siapa pun aku...
dimana aku berada...
apa statusku...
dan apa jua gelaran dan pangkat aku
....
ingat bahawa...
semua itu hadirnya ketika aku
disinari oleh insan bernama teman...
maka teman...
aku redha dengan perpisahan
ini...
aku mohon agar kau tidak terpesong
pada persada ilmu ini...

teman,
jika suatu hari,
aku bertempiaran...
kutiplah aku ...
dan suapkan lah aku dengan
keikhlasan hati mu...
jika suatu minit,
kau temui aku dalam keadaan
seperti mayat hidup...
usunglah aku
untuk aku pahami..
bahawa kau adalah teman aku
yang semalam..
jika satu saat...
aku terbaring kaku pada
persada sastera ini...
simpanlah segala puisi ciptaan ku...
dan semadikan lah aku dalam jiwa
dan kenangan yang telah terjadi...
Teman,
walau sejauh mana kamu,
aku tetap disini..
dan mendoakan kesejahteraan mu....



8 jun 2010(selasa)
MaWar pEna....

No comments:

Post a Comment