Sunday, April 18, 2010

TENGGELAM DALAM KISAH KEHIDUPAN.....

Apa kah hukum menyimpan perasaan menyintai suami orang ?

JAWAPAN :
Al-hamdulillah ,Al-Jawab :
Jawapan terbaik kepada persoalan saudara ialah : CINTA KEPADA YANG HALAL , ADALAH HALAL , DAN CINTA KEPADA YANG HARAM , ADALAH HARAM .
Cinta yang halal ialah cinta kepada isteri atau suami sendiri.Manakala yang haram ialah mencintai yang bukan hak dan kepunyaan kita iaitu isteri atau suami orang lain.Sesungguhnya perbuatan mencintai isteri atau suami orang lain adalah punca kepada keruntuhan dan kehancuran rumah tangga sesebuah keluarga , dan perbuatan tersebut amat dimurkai oleh Rasulullah saw sebagaimana dalam sebuah hadis :
ليس منا من خبب ( اي فسد ) إمـــرأة على زوجها
“Bukan dikalangan kami (umat nabi Muhammad) orang yang merosakkan hubungan seorang isteri dengan suaminya”
(HR Abu Daud : 2175 dan dinilai SAHIH oleh As-Syaikh Al-Albani dalam “Sahih wa dho’if Sunan Abi Daud”)
Perlakuan suami mencintai isteri orang lain dan isteri mencintai suami orang lain adalah perbuatan yang telah lama berlaku , malah dirakamkan oleh Allah swt dalam al-Quran al-Karim.Kisahnya ialah bagaimana isteri seorang pembesar yang menyimpan perasaan cinta kepada orang lain yang bukan suaminya sehingga sanggup melakukan perbuatan yang diluar kewarasan akal fikiran.Wanita tersebut ialah isteri kepada Al-Aziz ( Gelaran bagi seorang Raja di Mesir ) yang mencintai Nabi Allah Yusof alaihissalam.( Surah Yusof ayat 23 – 35 )
Ketahuilah , sesungguhnya perbuatan mencintai isteri / suami orang lain adalah perbuatan keji yang datangnya dari godaan syaitan lantaran menuruti kehendak dan tuntutan nafsu syahwat yang tidak dibendung dengan iman dan taqwa kepada Allah swt.Rasulullah saw berpesan kepada umatnya agar sentiasa melawan hawa nafsu yang boleh menjerumuskan manusia kelembah dosa dan kehinaan sebagaimana sabdanya :
المهاجر من هجر ما نهى الله عنه والمجاهد من جاهد هـــواه
“Orang yang berhijrah ialah hijrah dari hal-hal yang dilarang oleh Allah swt dan orang yang berjuang itu ialah yang berjuang melawan hawa nafsunya.”

Saturday, April 3, 2010

KEGAGALAN SEMALAM

Semalam aku menongkah arus
kemodenan yang pesat
mengarang kata jihad
untuk terus menerka
kemajuan yang terulung
Namun dalam aku
menyelam mencari kebebasan
saat itu aku8 lemas
dalam lautan ciptaan aku sendiri
aku rebah pada pada kaki aku sendiri
aku menjadi lemah
kekuatan aku menjadi beku
cuma titisan yang terus melimpahi
aku terus dihina !
aku menjadi bahan cerita manusia...
manusia yang ijazahnya tidak diikhtiraf
dimana2 madrasah
yang terulung
siulan hinaan itu
membuat aku semakin lemah
denyutan nadi seperti terhenti....
semangat aku semakin kehausan dorongan
saat itu,
aku hampir hilang satu
titik yang menentukan kehidupan
nafsu dan fikiran telah bergelut
berebut menarik aku untuk
terus ke lembah kesesatan
Berfikir aku seketika
menjengah kehidupan aku....
aku sujud memohon kekuatan
dan kini aku masih terus berfikir
untuk kembali bangun
mengapai jihad sejati
kerana aku tahu...
aku tidak akan bangun lagi
bila aku terhentak dan
hilang
pertimbangan maka saat itu
aku adalah remaja dan insani
yang gagal merobah
kehidupan...
namun akan susun langkah selembut istibrak
yang dihiasi mawar mekar
yang mewangi...
maka akan ku cipta satu lorong
untuk aku menjadi insani yang cemerlang......

@)-MaWar peNa.......