Wednesday, November 25, 2009

TANGGISAN KEPERITAN.
Wahai bulan dan matahari,
kau telah menyaksikan pementasan masyarakat dunia,
kau juga telah menjadi penonton yang begitu setia.
Saat nuklear memecahkan gegendang bumi,
kau hanya mampu melihat apa yang dipentaskan.
Saat tanggisan anak-anak kecil itu memecahkan kesunyian,
dan kau bulan…
kau terus tersenyum lebar dipersada itu,
mungkin juga kau menanggis kesakitan.
jika pementasan tanpa watak antagonis.Apa ertinya?
satu ketika saat bedil telah dipanah kearah wali dan jalisku,
aku menanggis mencari secebis redha dari Ilahi,
tidak sanggup untuk aku menelan sisa keperitan keseorangan.
Jika anak-anak kecil selembut istibrak itu diseksa,
di mana hilangnya kemanusiaan???
Wahai bulan dan matahari,
aku bukan penonton seperti kalian...
aku adalah manusia yang serba daif dan lemah,
aku bukan seorang gabenor yang mempunyai izzat yang tinggi.
Tapi aku tidak pernah membutakan mataku,
maka aku melihat penyeksaan dalam pementasan dunia.
Aku.Aku tidak tuli,
maka itu,aku mendengar keperitan insani yang terseksa.
Wahai tuhanku,
sampai bilakah aku terpaksa mendengar tanggisan
seorang ibu,seorang bapa,seorang anak,seorang gadis
malah seorang tua yang hilang keluarga???
sampai bila??!!
Tidak sanggup jua aku mengutip rongkong saudaraku
yang berkecai dibedil zionis.
Tidak sanggup aku mencari saudaraku yang mati
tanpa pusara.
Wahai Tuhanku,
aku mohon agar kau tamatkan pementasan ini,
kau adalah Gabenor yang teragong.
Bikinlah pementasan baru yang cukup indah...
Moga tidak lagi ada keperitan di celah dingin malam,
malah di tengah terik mentari.

HASIL NUKILAN:
NOOR SYUHADA BINTI ADENAN
KUALA LIPIS,PAHANG.
KERANAMU KHAISARA.
OLEH: NOOR SYUHADA BINTI ADENAN.
Petang itu angin semilir tidak bertiup,angin mogok agaknya.Sinar mentari tadinya membahang turut surut bersama surutnya hari.Kepenatan anak muda yang tampan itu masih bersisa walau sudah setengah hari Khairul Azam beradu di kamar mewahnya.Azam seorang anak remaja yang sangat disegani oleh rakan-rakannya.Khairul Azam seorang anak kacukan Melayu dan Cina.Namun keturunan dan darjat yang dimiliki oleh keluarga Azam bukan penghalang untuk Azam mencari teman dan sahabat.Azam ialah anak bongsu daripada tiga orang adik beradik.Azam dijaga dan diberi pendidikan yang cukup sempurna oleh papa dan mamanya iaitu Dato’ Khairuddin dan Datin Maisarah.Kesunyian petang itu mengingatkan kembali Azam kepada saat pertama kali dia menemui Khaisara.Seorang insan yang telah menyedarkan Azam untuk berdiri atas kaki dan paksi agama yang tepat,Azam tidak menafikan bahawa keluarganya haus dengan ajaran dan bekalan agama.Bacaan Al-Quran tidak pernah kedengaran dan memmecahkan kesunyian suasana rumahnya.Tawaan anak kecil di taman permainan itu mengingatkan Azam saat dia berusia lima tahun dan papanya membawa dia menemui datuk dan nenek di Kedah.Tetapi segalanya telah berlalu hampir 12 tahun dahulu.Jika dahulu dia amat gemar ke sungai bersama-sama datuknya tetapi kini hanya kedengaran deruman enjin kenderaan yang sibuk pada setiap hari.Kekadang Azam sering kesunyian walaupun di lahirkan dalam keluarga yang serba mewah.
“Azam kenapa ini?Azam okey kan?”
Tiba-tiba Datin Maisarah menyapa Azam yang duduk termenung di laman banglo mewah milik keluarganya itu.Azam hanya melemparkan senyuman mesra kepada mamnya yang menyapanya itu.Datin Maisarah meletakkan segelasair di depan meja kecil dan duduk di sebelah anaknya itu.
“Mama,mana papa?”
“Papa belum balik lagi,dia ada mesyuarat dengan Ahli Lembaga Pengurus Syarikat.Kenapa sayang?”
“Tidak ada apa-apa mama.Mama.Zam nak Tanya sedikit hal boleh?”
Datin Maisarah hanya tersenyum dengan menjawab pertanyaan anak bongsunya itu.
“Kenapa papa dengan mama tak pernah bagitahu Zam siapa nenek dan datuk Zam?”
“Dulukan Zam dah balik Kedah.Itulah datuk dan nenk Zam.”
“Itu Mak dan ayah papa.Mama,tolonglah berterus terang pada Zam.Memang Zam tahu Mama dari keturunan Cina,tapi salahkah Zam untuk mengetahui asal usul mama.Mama,Zam tidak mahu Zam dikatakan anak atau cucu yang lupa pada keturunan,atau mama memang merancang semua ini terjadi??’’
Datin Maisarah terdiam mendengar kata-kata anaknya itu,
“Masa masih belum sesuai untuk mama menceritakan hal ini pada Zam.Zam tidak akan mengerti apa yang telah terjadi antara mama dan keluarga mama.’’
“Mama,Zam dah 17 tahun mama.Zam sudah mampu menilai baik atau buruknya sesuatu mama.Apa yang mama cuba sembunyikan pada Zam?Apa Zam ini bukan anak mama dan mama ragu-ragu untuk menyatakan segalanya?’’
Tiba-tiba air mata Datin Maisarah berlinangan.Azam tiba-tiba terpaku tanpa sepatah bicara.Kini Azam dibelenggu perasaan serba salah.Adakah dia penyebab mama menanggis.Mama secara tidak dijangka memeluk erat tubuh Azam.Azam bertambah binggung.Setelah beberapa minit kedengaran deruman enjin Toyota Wish memecah kesuraman petang itu.Datin Maisarah melepaskan Azam daripada pelukannya.
“Azam.Mama sayang Azam.’’
Lantas satu ciuman telah hinggap di dahi anak muda itu.Kata-kata dan tindakan mamanya membuat Azam terus berfikir maksud tersirat di sebalik kata-kata dan ciuman itu.Mama bangkit dan meninggalkan Azam lalu menuju ke dapur.
“Azam,kenapa dengan kamu?’’
“Zam baiklah papa.Kenapa papa tengok Zam macam tengok hantu sahaja?’’
Dato’Khairuddin dan Azam ketawa besama dengan pertanyaan Azam itu tadi.Sememangnya Azam ialah satu-satu cahaya mata Dato’Khairuddin dan Datin Maisarah yang selalu menghiburkan hati mereka.
Malam itu kedengaran hanyalah kesibukan kota yang penuh dengan kenderaan yang berpusu-pusu untuk pulang ke rumah masing-masing.Begitulah kesibukan kota Metropolitan.Esok seperti biasa Azam akan Ke sekolah untuk meneruskan tugasnya sebagai pelajar untuk belajar sebagai anak untuk memegang amanat papa dan mamanya.Khairul Azam mempunyai jiwa yang begitu kental dalam menghadapi masalah kehidupan,namun pada satu sudut Azam adalah seornag yang begitu cepat tersentuh.Azam mempunyai bakat yang tersembunyi tetapi Azam menyedari bakatnya dalam penulisan.Sikap dan cara Azam yang terlalu independent membuatkan dia tidak suka menyusahkan papa dan mamanya berbeza dengan kakak dan abangnya.
“Assalamualaikum.’’
Khaisara memberi salam sebelum dia masuk ke dalam kelas apabila dia terperasan dan melihat Azam termenung keseorangan.Azam hanya tersenyum dan Khaisara terus menuju ke tempat duduknya dan menhenyakkan beg di pungaknya ke atas kerusi.
“Azam.Kenapa dengan awak?awak kelihatan muram dan tidak seceria sebelum ini.Awak ada masalah Azam?’’
Azam hanya menggelengkan kepalanya lantas berlalu meninggalkan Khaisara keseorangan di dalam kelas.Khaisara kehairanan dan membiarkan Azam membawa kedukaan.Mungkin Azam mempunyai pendirian dan misinya tersendiri dan tidak memberitahu aku mengenai masalahnya.Khaisara hanya bermonolog sendiri bagi menenangkan fikirannyayang bercelaru dengan tindakan Azam sebentar tadi.
“KRINGGGG!!!’’
Jam menunjukkan tepat pukul 7.15 pagi.Sudah tiba masa untuk semua pelajar beratur di gelanggang bola keranjang.Azam seperti biasa menjalankan tugasnya sebagai pengawas.Sememangnya sikap ketokohan dalam diri Azam terlalu tinggi.Setelah seharian menghabiskan waktu di sekolah,menjelang petang sambil Azam menanti bas di perhentian bas,Khaisara menyapa Azam.
“Azam.Kenapa dengan awak?saya ada buat silap dengan awak?”
“Khaisara,awak terlalu baik dengan saya dan kadang-kadang saya terlalu rasa serba salah untuk berdampingan dan meluahkan masalah saya pada awak.”
“Azam.Saya kawan awak.Cuma satu tidak ada seorang insan pun yang sempurna dan tidak melakukan kesilapan.”
“Khaisara,awak tahu tidak sekarang saya kaya dengan harta duniawi tapi saya jugalah seorang yang paling daif dengan harta akhirat.Saya adalah insan yang langsung bekalan untuk mati!!”
“Cukup Azam.Saya tidak sangka awak begitu lemah dan hipokrit pada watak awak sendiri.Mulai saat ini,jika awak tetap dengan pegangan dan prinsip awak,jangan anggap saya sahabat awak lagi.”
Khaisara berlalu dan tiggalkan Khairul Azam.Azam terlalu rasa bersalah.Namun dia membiarkan apa sahaja yang terjadi.Setiba Azam di rumah tiba kedengaran bunyi bising dan kedengaran seperti alatan jatuh dan pecah,Azam bergegas masuk dan melihat mamanya tertiarap di atas lantai dengan darah menitis dan pada tangan papanya terdapat sekeping surat dan Azam mengesyaki mungkin kerana surat itulah kejadianini berlaku.Keadaan rumahnya berselerak.
“Maisarah.Aku ceraikan kau dengan talak satu!!!”
“Papa!!!’’
Dato’ Khairuddin menjatuhkan talak satu kepada isterinya dan Azam terkejut dengan tindakan papanya itu dan memeluk kuat mamanya yang meratap dengan atas apa yang terjadi.Lantas Dato’Khairuddin meninggalkan Azam dan mam tanpa sepatah bicara.Azam lalu bergegas menelefon abang dan kakaknya dan memberitahu hal yang telah terjadi.Masalah ini seperti sesuatu yang mendatangkan risiko yang amat tinggi kepada Azam yang akan menduduki SPM dalam masa dua minggu sahaja lagi.
Hari berganti hari,saat berganti minit dan minggu berganti hari,Datin Maisarah kini berubah menjadi seorang yang pendiam dan disebabkan tekanan psikologi Datin Maisarah selalu bersendirian dan bermonolog keseorangan seperti orang yang hilang akal.Azam sangat risau dengan keadaan mamanya,manakala papanya menghilang tanpa khabar berita.Kini segala masalah ditanggung oleh Azam walaupun dia adalah anak bongsu dalam keluarga namun Azam terpaksa pasrah dengan keadaan yang telah menimpa keluarganya.Kakak dan abang Azam masing-masing sibuk dengan pelajaran di institusi pengajian tinggi dan sibuk dengan pekerjaan masing-masing.
Setelah beberapa minggu peperiksaan SPM berjalan,Azam dengan tabah dan tekun menjawab dan menjadikan segala apa yang terjadi ini adalah sebagai motivasi dalam hidupnya untuk mencapai kejayaan pada masa akan datang.Masalah itu telah pun diketahui oleh Khaisara.Khaisara cuba untuk membantu.
“Azam,Sara minta maaf.Sara tidak ada niat untuk sakitkan hati Azam mahupun untuk Meragui segala keputusan yang Azam lakukan.Tapi....’’
“Sudahlah Sara.tidak ada apa yang perlu diperkatakan.Mungkin apa yang terjadi ini pun balasan pada sikap keluarga saya yang tidak mementingkan agama.’’
Khaisara hanya terpaku dan memandang kearah Azam yang perlahan berlalu pergi meninggalkannya.Namun,Khaisara tidak sanggup membiarkan Azam dalam keadaan serba salah dan terkurung dengan pemikirannya sendiri.
“Azam!!’’
Lantas Khairul Azam berpaling ke arah Khaisara.
“Azam,izinkan saya untuk bersama dengan awak sebagai sahabat untuk menyelesaikan masalah awak atau meringankan beban awak?saya sudah tahu apa yang telah terjadi.’’
“ Khaisara,saya tidak mahu bawa awak pada penderitaan dan kesengsaraan dalam kehidupan saya.Awak tidak perlu susahkan kehidupan awak.’’
“Tolonglah,jika awak menganggap saya sahabat awak,izinkan saya untuk membantu awak??’’
Akhirnya Azam tersenyum dan mengajak Khaisara ke rumahnya.Sepanjang perjalanan pulang.Azam telah mencerita segala apa yang terjadi dari awal dan akhir.Setibanya di banglo mewah,Khaisara terkejut melihat keadaan Datin Maisarah yang begitu comot dan kusam.Lalu tanpa rasa takut dan geli,Khaisarah menghampiri mama dan memeluk erat dan setitis demi setitis air mata Khaisarah mengalir tanpa berkata apa-apa.Khaisara merindukan kasih seorang ibu.Sejak kecil lagi Khaisara dibesarkan oleh ayah dan kakaknya manakala ibunya meninggal ketika melhirkannya.Tanpa diduga Khaisarah memanggil Datin maisarah,mama.
Sejak hari itu,pada setiap hari Khaisara datang ke rumah Azam dengan ikhlas menemani Datin Maisarah.Sejak itu juga Khairul Azam mulai berubah sikap.Dia sering keluar malam dan pulang lewat malam.Kadang-kadang sehingga Khaisara terpaksa tidur di banglo mewah itu kerana menenti kepulangan Azam.
Pada suatu malam,Khaisara tertidur di ruang tamu dan Azam pulang dalam keadaan yang agak mencurigakan dan bau arak yang membuak-buak.Azam kini tidak lagi seperti azam yang Khaisarah kenali dulu.Saat dalam suramnya malam,dalam dinginnya,membuat insan terpaku dan melaku apa sahaja.Apabila dua merpati berdarah muda berada dalam satu bumbung,menyemarakkan nafsu masing-masing.Satu tragedi yang tidak diingini terjadi.
“Pangggg!!!’’
Tiba-tiba bunyi itu telah membangkitkan Khaisara daripada lenanya.
“Please! please Azam!!!jangan buat semua ini.’’
Azam terpaku dengan tindakannya dan meletakkan kembali pisau pada tangannya di atas meja.Jika Khaisara lambat ke dapur mungkin malam ini Azam akan mati pada tangan dan tindakannya.
Azam sememangnya seorang yang degil dan keras kepala seperti papanya tetapi Azam akan terpaku dan layu pada pujukan dan teguran Khaisara.Kekadang dia merasakan kehilangan yang amat besar apabila Khaisara tidak ada disampingnya.Pada hari esoknya,setelah Khaisara mengemas tempat tidur Datin Maisarah dia segera ke dapur untuk menyiapkan sarapan pagi.Apabila di dapur Khaisara terkejut apabila melihat sebekas mee goring dan roti bakar tersedia di atas meja makan.Melihat gelagat dan kelakuan Azam pagi itu telah membuat khaisara kehairanan.’Apa tujuan sebenar Azam lakukan semua ini?’Khaisara bermonolog serdirian.
Datin Maisarah kembali pulih seperti biasa dan amat menyayangi Khaisara seperti anaknya sendiri.Namun Khairul Azam semakin hari perangainya semakin teruk.Pada suatu pagi ketika Azam telah keluar bersama temannya yang lain,Datin Maisarah duduk di samping Khaisarah.
“Khaisara.Auntie teringin sangat nak belajar mengaji dan mengetahui mengenai agama Islam.Boleh Khaisara ajar auntie?”
“Tapi autie,Sara…”
“Sara,jangan tapi-tapi lagi?”
Khaisara hanya menganggukkan kepalanya tanda setuju.Lantas itu,Datin Maisarah mangajak Khaisara untuk pergi ke kedi buku untuk membeli bahan rujukan dan panduan untuk solat dan kelebihan iman dan islam.Setiba di kedai buku tiba-tiba Khaisara melihat sekumpulan anak muda yang sedang merokok dan melepak.Sekilas pandang tiba-tiba Khaisara melihat kelibat seorang yang dia amat kenali.’Kairul Azam Kairuddin!!’Khaisara bermonolog sendiri.Harat hatinya sememangnya dia ingin melulu kearah Azam,namun kehadiran Datin Maisarah bersamanya telah mematahkan niatnya itu.
Lewat malam itu,Khaisara menanti kepulangan Azam.Apabila kedengaran bunyi enjin motorsikal berkuasa besar di laman rumah,Khaisarah sabar menanti.
“Khairul Azam!!mana awak pergi?”
“Awak sibuk kenapa?ini rumah saya,dan awak tidak ada hak untuk halang saya!!!”
“Awak bicara tentang hak?tetapi saya hendak persoalkan tentang tanggungjawab awak.Azam,Khaisara binti Khamaruzzaman bukan hamba awak.Tiga bulan saya di sini,semakin hari awak semakin teruk.”
“Jadi awak nak jadikan faktor sikap saya untuk awak lepaskan diri awak?sudahlah Khaisara!!!saya pun tidak perlukan awak lagi.Awak tidak ada makna lagi Khaisara!!!”
“Baik,mulai pagi esok saya akan keluar dari banglo awak ini dan tolong jangan cari saya.Cuma satu saya nak pesan,tolong sayang mama awak dan tolong ubah diri awak menjadi awak yang dulu.Bertaubatlah Azam.Terus terang saya cakap saya bukan hendak ungkit apa yang telah saya lakukan.”
Malam itu,Khaisara sedih dan menanggis dengan tindakan sahabatnya itu.Sambil menanggis Khaisara mengemas pakaian dan memasukkan ke dalam beg.Sejak kejadian itu,Khaisara pergi tanpa berita walaupun keputusan SPM telah pun keluar namun kelibat Khaisara tidak lagi kelihatan.Khairul Azam mulai menyesal dengan tindakan dan kata-katanya yang dilemparkan kepada Khaisara.Datin Maisarah kini menjalankan kehidupan seperti biasa dan beliau juga kini lebih banyak melakukan amal jariah dan mendekatkan diri dengan Islam dan iman.
ku lerai segala yang terkusut
kusimpul agar menjadi rapi,
demi mejaga hatimu,ku rela mengalah selalu
mengapa kau berubah laku.
inikah yang harus ku terima,
di atas setia sekian lama,
engkau menjadikan aku pelakon dalam sandiwara.
-KHAISARA-

Azam menemui sekeping kad ketika mengemas bilik tetamu iaitu bilik Khaisara dahulu.Kini Azam seperti orang hilang akal.Setiap bait kata itu,meninggalkan 1001 maksud yang tersurat.Sejak itu,Azam tekad untuk mencari Khaisara,sejak itu juga,Azam kembali pada Azam yang sedia kala.Datin Maisarah juga turut merindui Khaisarah.Setelah beberapa bulan Azam melanjutkan pengajiannya di Universiti Malaya(UM),dia mendengar khabar Khaisara sedang sakit tenat di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia(HUKM).Demi sebuah persahabatan dan kesilapan Azam yang dia lakukan kepada Khaisara,Azam telah bergegas ke HUKM untuk melawat sahabatnya itu.Khaisara terlantar dan mukanya pucat.
“Khaisara,kenapa Khaisara tidak bagitahu tentang penyakit Sara?ini semua salah Zam bukan?”
“Azam,Sara tidak mahu Zam risau,biar sekali pun Sara menderita tetapi Sara tidak sanggup untuk melihat sahabat Sara sedih.Terutamanya Zam.’’
Dalam kelemahan seorang insan yang amat Azam sayangi bicara dengan penuh simpati.Azam akui bahawa dia amat menyayangi Khaisara lebih daripada seorang kawan.Namun,Azam juga tahu,prinsip Khaisara cinta bukan yang utama tetapi sesuatu ketentuan yang telah ditetapkan,tidak salah bercinta,tapi cintalah dengan istilah cinta sejati berpaksikan pada iman dan akal fikiran tetapi bukan pada paksi kepuasan dan nafsu.
Sejak itu,Azam kembali mencambahkan keyakinan untuk terus hidup,segalanya kerana Khaisara.Saat itu juga,Khaisara kembali sembuh dengan semangat dan sokongan daripada insan yang menyayanginya termasuklah keluarga Khairul Azam.Azam juga tekad untuk mencari papanya.Akhirnya kini Azam kembali hidup dalam keluarga yang bahagia setelah hampir setahun Dato’ Khairuddin berhijrah untuk mengubah diri dan menjadi ketua keluarga yang benar-benar betanggungjawab.Azam dan Khaisara kini belajar di jurusan yang sama dan setia berkawan.Azam juga sudah mengetahui tentang asal usul mamanya.Keluarga mamanya tidak merestui perkahwinan papa dan mama dan kerana itu jugalah mama tidak mahu mengungkit kisah lama.
Sebuah kehidupan tanpa dugaan maka tidak sempurnalah ia.Tetapi jika insan bertindak dengan hati dan perasaan dalam menyelesaikan masalah maka kecundanglah mereka,Tetapi pada mereka yang sedar mengenai kedudukan dan kehidupan maka berpegangnya mereka pada satu prinsip maka mereka akan sentiasa berbahagia seumur hidupnya.Remaja penuh dengan konflik.keluarga,sosial dan sebagainya ialah dugaan duniawi.Mengajar seorang remaja mencipta identiti masing-masing.

SEKIAN.
-SYUHADA ADENAN-

Saturday, November 14, 2009


Hari ini,
kulembarkan mata pena
buat aku berucap pada paksi kekagumanku.
Wahai negaraku yang tercinta,
aku ingin pada matlamat teguhmu
mengunung rasa megah di hati
kerana pencapaian mu...
Wahai Malaysia dulu kau dijajh dengan
penuh keperitan dan penyeksaan
namun kini kau mampu berdiri
sama tinggi dan duduk sama rendah
bersama dengan negara maju yang lain.
Wahai pemimpinku yang berwibawa,
kini kau beraksi dengan penuh tetap sekali.
Maka lahirlah masyarakat yang berdaya saing
Mereka mampu mengalas peribadi dengan perjuangan
memartabatkan negara.
Kini Malaysia ialah negara yang benar-benar
merdeka.
kehidupan belandaskan kepercayaan,kesetiaan
malah kesopanan dan kesusilaan.lahirlah sebuah negara yang
cemerlang,gemilang dan terbilang...
masyarakat didahulukan,pencapaian di utamakan.