Saturday, November 14, 2009


Hari ini,
kulembarkan mata pena
buat aku berucap pada paksi kekagumanku.
Wahai negaraku yang tercinta,
aku ingin pada matlamat teguhmu
mengunung rasa megah di hati
kerana pencapaian mu...
Wahai Malaysia dulu kau dijajh dengan
penuh keperitan dan penyeksaan
namun kini kau mampu berdiri
sama tinggi dan duduk sama rendah
bersama dengan negara maju yang lain.
Wahai pemimpinku yang berwibawa,
kini kau beraksi dengan penuh tetap sekali.
Maka lahirlah masyarakat yang berdaya saing
Mereka mampu mengalas peribadi dengan perjuangan
memartabatkan negara.
Kini Malaysia ialah negara yang benar-benar
merdeka.
kehidupan belandaskan kepercayaan,kesetiaan
malah kesopanan dan kesusilaan.lahirlah sebuah negara yang
cemerlang,gemilang dan terbilang...
masyarakat didahulukan,pencapaian di utamakan.

No comments:

Post a Comment